Friday, July 15, 2011

First Entry

Muhammad Aqil


Ahmad Syauqi

As Salam

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.. kekadang rasa macam tak percaya je dah pun bergelar mama kepada dua orang putera soleh insyaAllah bakal pejuang Islam dalam menyebarkan ayat-ayat Allah dan hadith. Putera sulung diberi nama MUHAMMAD AQIL BIN ABDUL KUDDUS yang membawa maksud YANG BIJAK,BERFIKIR, insyaAllah. Manakala putera yang kedua AHMAD SYAUQI BIN ABDUL KUDDUS membawa maksud KERINDUANKU.

Kalau diikutkan pengalaman bersalin pula, kedua-duanya melalui cara yang sama iaitu CAESEREAN ataupun istilah tidak rasmi keluar ikut tingkap. Aqil keluar 32 weeks, berpunca dari infection. So cara cepat nak selamatkan baby doc suggestkan caeser. Alhamdulillah jam 1.03 am Aqil dilahirkan. Memandangkan Aqil dianggap pre mature baby dia di tempatkan di NICU. Apa yang menyedihkan Aqil hanya diberi susu ibu selepas 2 hari. Setiap hari selama 11 hari kami ulang alik Serian Kuching untuk menghantar susu kepada Aqil. Walaupun jarak hampir 60km tapi demi putera kami, tiada apa yang dapat menghalang. Bukan senang untuk menjaga anak pra matang ini. Kalau nak sentuh mesti tangan kena bersih. Alhamdulillah dengan ilmu yang diperoleh dari Majalah Pa&Ma kami tahu serba sedikit bagaimana nak menguruskan anak pra matang ini. Masa berlalu begitu pantas, sekarang Muhammad Aqil sudah pun mencecah 1 thn 8 bln. Seorang budak yang sangat aktif dan cepat belajar sesuatu.

Tanggal 10/06/2011 keluar pula Syauqi. Punca utama Syauqi keluar ikut tingkap adalah jalan or pintu poor progress. Mungkin itu dah ditakdirkan untuk kami. Syauqi dilahirkan jam 2.52 am. Sekarang usia Syauqi baru masuk 1 bln. Itulah mukaddimah putera-putera comel kami.